STEVIA LIQUID DROP BY DR NORMAN
Dual size: 10ml & 30 ml
Maklumat mengenai Stevia
- Stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu.
- Penggunaannya dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan dan kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuan oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada 1887. Penemuan itu secara tidak langsung pengguna bertukar ke arah penggunaan gula tanpa kalori bagi mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal pengambilan gula.
- Stevia rebaudiana mengandungi satu komponen yang bernama rebaudioside A. Inilah komponen dalam daun stevia yang memberikannya rasa yang manis! Komponen yang tidak merbahayakan kesihatan ini juga dikatakan sangat bagus kerana mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.
- Keunikan stevia yang menawarkan kemanisan tanpa kalori. Kemanisan yang terhasil daripada daun stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis berbanding gula tebu. Yang bagusnya ia tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol.
- Sesuai dijadikan sebagai pemanis sihat dan pengganti gula pasir.
Fakta pemakanan:
- Saiz Hidangan: 4-6 titik (0.15 ml)
- Hidangan Setiap Bekas: 333
- Kalori 0
- Jumlah Lemak 0gram
- Natrium 0 mg
- Jumlah Karbohidrat 0 gram
- Protein 0 gram
Antara kelebihan dan manfaat menggunakan pemanis Stevia yang telah dibuktikan oleh kajian adalah:
-
- Stevia tidak mengandungi gula dan hampir tiada kalori. Ini boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang untuk membantu mengurangkan pengambilan tenaga tanpa mengorbankan rasa manis yang digemari.
- Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilannya tidak menunjukkan kesan terhadap glukosa darah atau tindak balas insulin. Ini membolehkan penghidap diabetes makan pelbagai jenis makanan dan mematuhi rancangan makanan yang sihat.
- Sebuah kajian tahun menunjukkan bahawa Stevia berpotensi membantu menurunkan tekanan darah ke tahap normal dan mengatur degupan jantung.
- Stevia membolehkan kanak-kanak mengambil makanan dan minuman manis tanpa kalori tambahan semasa beralih ke diet gula rendah.
- Tidak merosakkan gigi
- Laporan dari European Food Safety Committee (EFSA) mengatakan bahawa pemanis semulajadi ini selamat daripada kesan alahan atau alergi.
- Stevia mengandungi banyak sebatian sterol dan antioksidan, termasuk kaempferol. Kajian mendapati kaempferol dapat mengurangkan risiko barah pankreas sebanyak 23%
- Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat.























